Kerjaya antarabangsa Mohd_Amri_Yahyah

Amri mula mewakili Malaysia pada Sukan Sea 2003 di Hanoi, Vietnam, Sukan Afro-Asia di Hyderabad, India pada bulan Oktober 2003, dan juga pada Piala Tiger 2004 di mana Amri membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga. Nama Amri agak malap selepas itu kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya setelah pulang latihan bersama skuad kebangsaan.

Pada 2009, jurulatih K. Rajagopal menyenaraikan nama Amri bersama skuad kebangsaan. Nama Amri kembali menjadi sebutan selepas menghasilkan 2 jaringan, dimana salah satunya jaringan terbaik untuk pasukan Pilihan Malaysia dalam perlawanan persahabatan pra-musim pada 18 Julai 2009, menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Perlawanan berkesudahan dengan Pilihan Malaysia tewas 2-3.[9]

Pada November 2010, Amri disenaraikan sekali lagi dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF 2010. Amri turut membantu dengan menjaringkan dua gol menentang Laos dalam kemenangan 5-1 pada peringkat kumpulan. Malaysia berjaya memenangi gelaran Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah mereka setelah menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir. Berkesudahan pasukan kebangsaan menang 4-2 secara aggregat dalam perlawanan timbal balik.

Pada bulan Julai 2011, Amri dipanggil untuk mewakili pasukan Pilihan Malaysia menentang Chelsea. Malaysia tewas 0-1.[10]

Pada 10 Ogos 2013, Amri sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai pemain yang menjaringkan gol ketika bertemu kelab elit luar negara dengan menjaringkan gol tunggal pasukan Pilihan Malaysia yang tewas 1-3 kepada FC Barcelona ketika kunjungan rasmi mereka dalam Asia Tour 2013.[11]

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Amri_Yahyah http://www.astroawani.com/berita-sukan/amri-yahyah... http://www.bolasepakmalaysia.com/p/pendapat-gaji-p... http://www.goal.com/en-my/news/golden-boy-amri-yah... http://selangorfc.com/pemain/arkib/mohd-amri-yahya... http://www.soccer24.com/malaysia/super-league/ http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2009/... http://football.thestar.com.my/story.asp?file=/201... http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2013/08/1... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...